Friday, September 10, 2010

Fadhilat Azan Dan Muazin

Azan disyari'atkan untuk menandakan masuknya waktu solat. Dalil: al Juma'ah: 9
dan al Maidah:58 juga banyak hadith-hadith yang hasan sahih. Hukum azan:
Hambali: fardhu kifayah Madzhab lain: Sunnat mu'akkad. Syafi'iy berkata: azan
itu sunnat solat; Madzhab lain: Sunnah waktu sahaja..

Adapun kegunaan kaifiat azan (kegunaan azan) untuk selain itu di istinbat
(dikeluarkan) oleh ulama' Usyul apabila mereka melihat RasuluLlah saw azan dan
iqamat kepada cucunya yang baru lahir al hassan dan alHussain. Maka Ulamak
berbahas bahawa azan boleh digunakan untuk pelbagai keadaan termasuklah bila
berlaku kebakaran. Dalam kitab' Hasyiah Qalyubi wa Umairah -Syarah kepada Matan
Minhaj Taalibin (Imam an Nawawi) ' oleh Syaikh Syihabuddin al Qalyubi dan Syaikh
Umairah; Juga dalam kitab Fiqh Islami karangan Wahbah Zuhaili bab 'Azan Selain
Solat' menjelaskan kaifiat azan untuk perkara-perkara berikut:

1. Meletusnya peperangan;

2. Bayi yang baru lahir (azan di telinga kanan, iqamat telinga kiri)

3. Orang yang histeria atau disampuk jin

4. Pergaduhan

5. Sebelum bermulanya musafir

6. Bila berlakunya kebakaran


---------------
Azan dan kebakaran ini adalah suatu yang perkara yang ada sandaran dan boleh
dilakukan; masalahnya adakah perkara ini ada dalam pengajian atau skim latihan
para bomba di Malaysia.Jadi gabungan teknologi memadam api dan kaedah dari
Sunnah (azan) adalah satu aspek yang perlu diberi perhatian oleh bomba Malaysia
 

 

Mendalami rahsia fadilat azan

SERUAN azan yang berkumandang menyeru serta mengingatkan umat Islam menunaikan kewajipan solat bukan sekadar kata-kata pujian kepada Allah dan tuntutan terhadap umat Islam melakukan apa yang disyariatkan.

Sebenarnya azan mempunyai rahsia tersendiri dan keagungan azan dibahaskan dalam buku Keagungan Azan hasil terjemahan Arifin Ladari yang membicarakan hukum azan dan iqamah serta fadilat seruan yang diperdengar apabila tiba waktu solat.

Walaupun ada perselisihan mengenai waktu disyariatkan azan kerana ada pendapat menyatakan azan disyariatkan seiring kefarduan solat, pada malam Isra' dan ketika Muslimin datang ke Madinah, yang penting ialah kaifiatnya iaitu memudahkan umat Islam mengetahui masuk waktu solat fardu.

Sementara itu, banyak fadilat dan pahala yang menjelaskan keagungan azan daripada penemuan hadis sahih antaranya pahala yang disediakan kepada muazzin, Allah mewajibkan syurga kepada orang yang azan selama 12 tahun dan kehebatannya mengusir syaitan.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila diserukan azan untuk solat, syaitan akan lari bertempiaran sambil terkentut-kentut sehingga tidak mendengar suara azan, selepas azan selesai ia kembali lagi, sehingga apabila diiqamahkan solat ia akan lari bertempiaran lagi, sehingga apabila selesai iqamah ia kembali lagi."

Begitu juga hakikat diampunkan dosa dan dimasukkan syurga kepada sesiapa yang melaungkan azan serta iqamah di tempat jauh. Malah, diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Imam memberi jaminan dan muazzin diberi kepercayaan. Ya Allah berilah petunjuk kepada imam dan ampunilah muazzin."

Buku Keagungan Azan turut menjelaskan makna kalimah azan, syarat azan serta hukum melagukan azan. Turut dibahaskan, adakah wanita disyariatkan azan dan iqamah selain apa yang perlu diucapkan ketika mendengar azan.

Dikisahkan juga dalam buku ini mengenai muazzin Nabi SAW terdiri daripada Bilal bin Rabah yang memulakan seruan azan, Amru bin Ummi Maktum al-Qurasyi yang buta, Sa'ad al-Qaraz Maula'ammar bin Yasir dan Abu Mahdzurah atau namanya Aus bin Mu'ir al-Jumhi.

Bab tiga buku ini, Fatwa Azan dan Iqamah menampilkan soal jawab berkaitan azan menurut fatwa Syeikh Islam Ibnu Taimiyah, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Al-Albani, Al-Lajnah Ad-Daimah dan Ibnu Jabrin.

Kesalahan dan bidaah azan juga dimuatkan seperti kesalahan muazzin pada kalimah azan daripada sebutan huruf, memanjangkan huruf tertentu serta menambah lafaz saidina ketika menyebut syahadat azan.

Malah, disebabkan kejahilan dan kekurangan ilmu, ada muazzin meninggalkan sunat azan seperti meletakkan jari pada telinga dan ada yang mempercepatkan lafaz azan hingga menyulitkan pendengar mengikuti dan menjawab atau mengulanginya.

Justeru, memiliki buku Keagungan Azan dapat menambah ilmu mengenai keagungan azan. Walaupun muazzin dilihat mereka yang sewajarnya menjadikan buku ini sebagai rujukan, setiap umat Islam digalakkan menambah ilmu pengetahuan termasuk hal berkaitan azan dan iqamah.

Judul: Keagungan Azan
Penulis: Dr Sayyid Husain Al-Affani
Penterjemah: Arifin Ladari

Fadhilat azan dan muazin adalah amat banyak, dan sudah memadai kepada kita untuk menyatakan fadhilatnya atau kelebihan azan itu ialah hukum azan yang telah menjadi khilaf dikalangan ulama` samada sunat muakad atau fardhu kifayah.
Ini adalah kerana azan bukanlah hanya untuk menandakan masuk waktu sembahyang sahaja, bahkan merupakan satu syiar daripada syiar-syiar Islam. Kita dapat membezakan antara negara Islam dan negara kafir adalah dengan azan. Azan juga menyeru kepada membangkitkan kembali semangat perjuangan Islam sebagaimana ia menyeru kepada perpaduan dikalangan kaum muslimin dengan solat berjumaah di Masjid. Lafaz-lafaz azan yang terdiri daripada takbir, kalimah syahadah, seruan kepada sembanyang dan seruan kepada kejayaan juga menunjukkan betapa besarnya fadhilat dan kelebihan azan.
Antara ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan fadhilat azan ialah :
1- firman Allah Taala ..maksud...
Ertinya : “dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Saidatina Aisyah r.a katanya dalam mentafsirkan ayat diatas :  ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله berkatanya : orang itu ialah muazin dan وعمل صالحا  ialah sembahyang sunat qabliah dua rakaat antara azan dan iqamah dan pada satu riwayat yang lain Aisyah r.a berkata :”aku tidak fikir ayat itu turun melainkan kepada muazin.
Ertinya :” dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum Yang tidak berakal”.
Dalam ayat ini Allah Taala menyatakan bahawa orang-orang kafir yang mengejek-ejek azan itu adalah orang-orang yang bodoh yang tidak pandai mengunakan akal fikiran. Ini adalah kerana mereka tidak mengetahui dan tidak mengerti betapa besarnya fadhilat dan kelebihan azan itu.

3- hadis abu hurairah r.a :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا نودي للصلاة أدبر الشيطان وله ضراط حتى لا يسمع التأذين. فإذا قضي النداء أفبل حتى إذا ثوب بالصلاة أدبر حتى إذا ثوب بالصلاة أدبر حتى إذا قضي التثويب أقبل حتى يخطر بين المرء ونفسه. يقول اذكر كذا اذكر كذا لما لم يكن يذكر حتى يظل الرجل لا يدري كم صلي
Ertinya :rasulullah s.a.w bersabda : apabila diazankan untuk memanggil kepada sembahyang, syaiton akan lari ( ketakutan ) sehinggalah dia tidak mendengar azan dan apabila selesai azan, syaiton akan kembali semula dan apabila iqamah dia akan lari semula sehingga selesai iqamah, ia akan kembali semula untuk menghasut seseorang ( yang sedang sembahyang . ia berkata ingatlah itu, ingatlah ini bagi perkara yang orang itu tidak ingat sebelumnya, sehingga seseorang itu tidak mengetahui berapa rakaat dia sembahyang.
4- daripada Abdullah bin Abdul Rahman bin Abi sokso`ah :
أن أبا سعيد الخدري قال له : إني أراك تحب الغنم والبادية, فإذا كنت فى غنمك أو باديتك فأذنت للصلاة, فارفع صوتك بالنداء, فإنه لا يسمع مدى صوت المؤذن جن ولا إنس ولا شئ إلا شهد له يوم القيامة. قال أبو سعيد : سميعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Ertinya : bahawasanya Abu said Al-Khudri r.a berkata kepadanya :sesungguhnya aku melihat kamu sukakan kambing dan pedalaman ( tempat gembala ), maka jika kamu berada bersama kambingmu dan tempat gembala maka azanlah kamu untuk sembahyang dan angkatlah seruanmu dengan azan, maka sesungguhnya tidaklah mendengar seruan azan oleh jin dan tidak juga manusia dan tidak suatu pun melainkan menjadi saksi di hari qiamat. Berkata Abu Said : aku mendengar daripada Rasulullah s.a.w.
Dan dalam riwayat Ibnu Majah ditambah :
ولا حجر ولا شجر إلا شهد له
Ertinya : dan tidak juga batu-bata, dan tidak juga pokok-pokok kecuali menjadi saksi baginya ( azan itu ).dan dalam riwayat Ibnu Khuzimah ditambah ( مدر )  ertinya : tanah.
5- berkata saidina Muawiyah r.a : aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda  :
المؤذنون أطول الناس أعناقا يوم القيامة
Ertinya : para muazin adalah orang yang paling panjang lehirnya dihari qiamat.
Dan berkata Iman Nawawi : telah khilaf para ulama` samada ulama` salaf dan khalaf pada makna ( أطول الناس أعناقا) yang bererti orang yang panjang lehirnya. Maka ada satu pendapat : maknanya ialah orang yang paling banyak melihat akan rahmat Allah Taala, kerana orang yang menjengguk lehirnya kepada apa yang dilihatnya.

6- daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :
لو يعلم الناس ما فى النداء والصف الأول ثم يجدوا إلا أن يستهموا عليه لا ستهموا, ولو يعلمون ما فى التهجير لا ستبقوا إليه, ولو يعلمون ما فى العتمة والصبح لأتوهما ولو حبوا
Maksubnya :”kalaulah manusia mengetahui apa yang ada pada azan dan soff yang pertama ( dari segi fadhilat dan kebaikan ) dan kemudian mereka tidak dapat ( azan dan soff pertama ) melainkan terpaksa mengundi, nescaya mereka akan mengundi, dan jikalau mereka mengetahui apa yang ada pada “التهجير” iaitu keluar untuk menunaikan solat zohor pada awal waktu nescaya mereka akan berlumba-lumba kepadanya, dan jikalau mereka mengetahui apa yang ada pada ( berjamaah )  solat isya` dan subuh nescaya mereka akan datang walaupun dalam keadaan merangkak”.(riwayat Bukhari dan Muslim )
            Peristiwa menjatuhkan undi untuk azan pernah berlaku sesama orang islam membuka Qadisiah iaitu suatu tempat di Negara Iraq. Peperangan telah berlaku antara kaum muslimin dengan tentera parsi ditempat itu. Peristiwa itu berlaku pada zaman pemerintahan Umar r.a pada tahun ke 10 Hijrah. Dan adalah ketua kaum muslimin pula ialah Saad bin Abi Wakaf dan beliau beliau yang mencabut undi kepada mereka.
7- daripada Jabir r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
إن الشيطان إذا سمع النداء بالصلاة ذهب حتى يكون مكان الروحاء. قال الرواى ( الروحاء ) من المدينة على ستة وثلاثين ميلا
Maksubnya :”sesungguhnya syaiton jika mendengar azan ia akan lari sehingga kesuatu tempat “الروحاء”  dan berkata perawi hadis : الروحاء itu 36 batu daripada madinah”. ( riwayat Muslim )

8- daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
الشيطان إذا سمع النداء بالصلاة أحال له ضراط حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس فإذا سمع الإقامة ذهب حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس.
Ertinya :” sesungguhnya syaitan apabila dia mendengar azan, ia akan lari jauh dan ada baginya ketentuan sehingga dia tidak mendengar lagi azan itu, apabila selesai azan, maka dia akan kembali dan mewas-waskan ( manusia , dan apabila da mendengari iqamah, dia akan lari sehingga dia tidak mendengar iqamah, dan apabila selesai iqamah, dia akan kembali untuk mewas-waskan ( manusia ),(riwayat iman Muslim )
9- daripa Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
يغفر للمؤذن منتهى أذانه ويستغفر له كل رطب ويابس سمعه
Ertinya :”diampunkan bagi muazin sehingga tempatnya yang terhujung (tempat sampai suara)  azannya dan beristgfar baginya segala yang basah dan yang kering yang mendengar azannya. (riwayat iman ahmad dengan sanad sahih an tabrani dan di sahihkan Al-Abani ).
10- daripada abu Umamah r.a katanya :bersaba Rasulullah s.a.w :
المؤذن يغفر له مد صوته, وأجره مثل  أجر من صلى معه
Ertinya :”diampunkan bagi muazin sepanjang sampai suaranya dan baginya pahala seperti pahala orang yang bersembahyang bersamanya. ( riwayat at-tabrani dan di sahihkan al-Abani ).
11- daripada abu hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w  bersabda :
الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن اللهم أرشد الأئمة واغفر للمؤذنين
Ertinya :” iman adalah orang yang menjamin ( sembahyang makmum )dan muazin pula orang yang diamanahkan ( dalam menanti masuk waktu ), wahai tuhan kami berikanlah petunjuk kepada para iman dan ampunkanlah bagi para muazin.(riwayat abu daud, tarmizi dan di sahihkan Al-Abani ).
12- dalam satu riwayat daripada Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban :
فأرشد الله الأئمة وغفر مؤذن
Ertinya :” maka Allah member petunjuk kepada para iman dan mengampunkan muazin. ( riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya )
13- daripada Al-Bara bin A`ziba r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
إن الله وملائكة يصلون على الصف المقدم والمؤذن يغفر له مدى صوته ويصدقه من سمعه من رطب ويابس وله أجر من صلى معه
Ertinya :” sesungguhnya Allah ( member rahmat ) dan para malaikatnya ( beristigfar memohon keampunan ) keatas soff yang pertama dan diampunkan bagi muazin sejauh mana kedengaran suara azannya dan membenarkannya setiap benda yang mendengarnya samada yang basah dan yang kering dan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang bersamanya. ( riwayat Iman Ahmad, An-Nasai` dengan sanad hasan Jayyid dan disahihkan oleh Al-Abani ).
14- daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
من أذن اثنتي عشرة سنة وجببت له جنة وكتب له بتأذينه فى كل يوم ستون حسنة وبكل إقامة ثلاثون حسنة
Ertinya :”sesiapa azan selama 12 tahun maka wajib baginya syurga, dan ditulis baginya dari sebab azannya pada setiap hari 60 kebajikan dan setiap iqamah 30 kebajikan. ( riwayat Ibnu Majah, Daruqutni,dan Hakim dan katanya sahih atas syarat Bukhari dan sahih Al-Abani ).
15- Daripada Ukbah bin A`mir r.a katanya : aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
يعجب ربك من راعي غنم فى رأس شيظة الجبل, يؤذن بالصلاة ويصلي فيقول الله عز وجل : انظروا إلى عبدي هذا يؤذن ويقيم الصلاة يخاف مني قد غفرت لعبدي وأدخلته الجنة
Ertinya :”Tuhan ( Allah ) kagum terhadap seseorang pengembala kambing yang berada di kawasan bukit, dia azan untuk sembahyang dan kemudian bersembahyang, maka Allah Azza Wajala berfirman : lihatlah kepada hambaku ini, dia azan dan menunaikan sembahyang kerana takut kepada Aku, sesungguhnya aku telah mengampungkan bagi hambaku ini dan aku akan memasukkannya kedalam syurga”. (riwayat Abu Dawuud dan An-Nasai )
16-  daripada Anas bin Malik r.a katanya :
سمع النبي صلى الله عليه وسلم رجلا وهو فى مسير له يقول :" الله أكبر الله أكبر " فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم :" على الفطرة ", فقال :" أشهد أن لا إله إلا الله " قال :" خرج من النار " فاستبق القوم إلى الرجل فإذا راعى غنم حضرته الصلاة فقال يؤذن
Ertinya :” Nabi s.a.w seorang lelaki mengucapkan “ Allahu Akhbar- Allahu Akhbar “ maka sabda baginda :” diatas fitrah “ dan apabila dia mengucapkan “ Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah “, maka sabda baginda “ telah keluar daripada neraka “. Maka berlumba-lumba sahabat ( untuk melihat ) lelaki itu ( yang berada diatas fitrah atau lelaki yang keluar atau terselamat daripada api neraka )maka dia hamyalah seorang pengembala kambing yang apabila datang waktu sembahyang maka ia pun berdiri untuk azan. ( riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dan begitu juga dalam Muslim ).


17- daripada Sulaiman Al-Farisi r.a katanya : sabda Rasulullah s.a.w :
إذا كان الرجل بأرض فى فحانت الصلاة فليتوضأ فإن لم يجد ماء فليتتمم فإن أقام صلى معه ملكاه وإن أذن وأقام صلى خلفه من جنود الله ما لا يرى طرفاه
Ertinya :” apabila seorang lelaki berada di bumi yang kering kontang ( tiada air dan tumbuhan ) dan hampir waktu sembahyang, maka hendaklah ia berwudu` dan jika tiada air hendaklah dia bertayammum, jika ia iqamah maka sembahyang bersama dia dua orang malaikat dan jika dia azan dan iqamah maka sembahyang di belakangnya tentera-tentera Allah yang tidak dapat dilihat dengan kedua belah matanya. ( riwayat Abdul Razak dalam kitabnya dan di sahihkan oleh Al-Abani ).  
( perhatian ) kesemua hadis-hadis yang diutarakan oleh penulis tadi adalah hadis-hadis yang dikatakan sahih,dan terdapat lagi beberapa hadis dan athar-athar yang menunjukan fadhilat azan, tetepi penulis sengaja tidak memasukkan disini kerana hadis-hadis yang sahih telah pun memadai kepada kita untuk menyatakan fadhilat azan dan iqamah. Hadis-hadis yang dha`if boleh digunakan untuk menunjukan fadhilat-fadhilat amalan-amalan tetapi tidak boleh tetapi tidak boleh menjadikan hadis dha`if sebagai hujah untuk memperkasakan sesuatu amalan.

LAFAZ-LAFAZ AZAN
الله أكبر الله أكبر                            الله أكبر الله أكبر
أشهد أن لا إله إلا الله                       أشهد أن لا إله إلا الله
أشهد أن محمد رسول الله                  أشهد أن محمد رسول الله     
حى على الصلاة                            حى على الصلاة
حى على الفلاح                             حى على الفلاح
الله أكبر                                       الله أكبر
لا إله إلا الله

No comments:

Post a Comment