Friday, September 10, 2010

AZAN...KALIMAH2 AZAN MERUPAKAN MOTIVASI ISLAM YANG TERBAIK

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA



Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Menurut kamus Lisan al-‘Arab, azan dari segi bahasa bererti pemberitahuan (al-i‘lam). (Lisan al-‘Arab: 13/9) Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
"Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya berlepas diri daripada tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik".
(Surah at-Taubah: 3)
Sementara azan dari segi syara‘ pula bererti zikir yang ditentukan untuk pemberitahuan sembahyang fardhu lima waktu.
Menurut kamus Lisan al-Arab, iqamah pula dari segi bahasa adalah merupakan mashdar kepada kalimah aqama iaitu mendirikan. (Lisan al-‘Arab: 12/498) Pada syara‘ pula bererti zikir yang ditentukan untuk mendirikan sembahyang. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/460)

SEJARAH DISYARIATKAN AZAN DAN IQAMAH
Adapun sejarah disyariatkan azan dan iqamah itu bermula di Madinah pada tahun pertama hijrah. (Al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah: 2/358) Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar katanya yang bermaksud :
"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu.
Berkata sebahagian mereka: "Ambillah naqus (loceng) seperti naqus orang-orang Nasrani (Kristian)."
Berkata sebahagian yang lain pula: "(Ambillah) trompet seperti trompet oran-orang Yahudi."
Lalu berkata ‘Umar: "Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang?"
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: "Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin Zaid katanya yang bermaksud :
"Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk menggunakan naqus (loceng) untuk dipalu bagi mengumpulkan orang ramai untuk mendirikan sembahyang jemaah, dalam tidurku (mimpi) seorang lelaki berjalan mengelilingiku sedang membawa di tangannya naqus. Lalu aku berkata: "Wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqus itu?"
Dia berkata: "Apa yang akan engkau buat dengannya (naqus)?
Aku berkata: "Dengan naqus itu kami menyeru kepada sembahyang."
Dia berkata: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik dari itu?"
Aku berkata: "Ya."
Berkata periwayat (orang yang mimpi): "Dia (lelaki yang dimimpikan) berkata: "Engkau ucapkan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, marilah menuju kemenangan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah."
(‘Abdullah bin Zaid) berkata: "Kemudian lelaki itu berundur sedikit.
Lalu lelaki itu berkata: "Jika engkau menyerukan iqamah sembahyang engkau ucapkan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, sesungguhnya sembahyang telah didirikan, sesungguhnya sembahyang telah didirikan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah."
Pada pagi esoknya aku datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu mengenai dengan mimpiku itu.
Baginda bersabda: "Sesungguhnya mimpimu itu benar insya Allah, berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan padanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya itu, kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau." Maka aku berdiri bersama Bilal lalu aku ajarkan dia dan dia azan dengan apa yang aku ajarkan itu.
(‘Abdullah bin Zaid) berkata: "Maka terdengarlah azan itu oleh ‘Umar bin al-Khattab, sedang dia dirumahnya. Lalu dia keluar dengan bergegas menyeret selendang di belakangnya dan berkata: "Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimpi sepertimana yang dimimpikan olehnya (Àbdullah bin Zaid)."
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: "Segala puji bagi Allah."
(Hadis riwayat Abu Daud)
LAFAZ-LAFAZ AZAN DAN IQAMAH
Menurut al-Qadhi ‘Iyadh, kalimah-kalimah azan itu mencakupi aqidah keimanan, baik dari segi ‘aqliat dan sam‘iyat. Dimulai dengan mensabitkan zat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang berhak bagiNya daripada sifat kesempurnaan, iaitu bererti Allah Maha Besar daripada setiap sesuatu. Kemudian pengakuan terhadap keesaan Allah dan pengakuan terhadap kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu dan . Kemudian diikuti dengan mengajak kepada sembahyang dan kejayaan, iaitu bererti dekatilah oleh kamu sembahyang dan janganlah malas. bererti dekatilah oleh kamu akan sebab kemenangan iaitu sembahyang untuk mengkecapi nikmat yang berkekalan. Di dalam seruan itu juga adalah pemberitahuan mengenai perkara-perkara hari akhirat daripada hari kebangkitan dan pembalasan. Kemudian diulangi lagi selepas itu dengan takbir dan disudahi dengan kalimah tauhid. (I‘anah ath-Thalibin: 1/367, al-Majmu‘: 3/81)
Azan itu mempunyai sembilan belas ungkapan termasuk dengan tarji‘, jika tidak termasuk dengan tarji‘ menjadilah ia lima belas ungkapan, iaitu:
1.  
(Allah Maha Besar) empat kal
2.
(Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) dua kali.
3. 
(Saya mengaku bahawa Muhammad pesuruh Allah) dua kali.
4.
(Marilah mendirikan sembahyang) dua kali.
5.
(Marilah menuju kemenangan) dua kali.
6.
(Allah Maha Besar) dua kali.
7.
(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) sekali.
Sementara iqamah pula mengandungi sebelas ungkapan iaitu:
1. dua kali.
2. sekali.
3. sekali.
4.  sekali.
5.  sekali.
6. dua kali.
7. dua kali.
8. sekali. (Al-Majmu‘: 3/98-101)
Tarji‘
Apa yang dimaksudkan dengan tarji‘ itu ialah melafazkan dua kalimah syahadah sebanyak dua kali dengan suara yang rendah sekira-kira didengar oleh orang yang berhampiran dengannya. Tarji‘ itu dilafazkan sebelum menyerukan dua kalimah syahadah dengan suara yang nyaring. Hukum melafazkan tarji‘ itu adalah sunat dan azan itu tetap sah walaupun ia tidak dilafazkan di dalam azan. (I‘anah ath-Thalibin: 1/379) Ini adalah mengikut ajaran Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika ditanya oleh Abu Mahdzurah mengenai azan:
Maksudnya: "Saya berkata: "Wahai Rasulullah! Ajarkan aku cara-cara azan." Kata (Abu Mahdzurah): "Maka Baginda menyapu ubun-ubun kepalaku."
Baginda bersabda: "Kamu ucapkan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dengan suaramu yang tinggi.
Kemudian kamu ucapkan: "Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dengan suaramu yang rendah.
Kemudian tinggikan suaramu ketika menyerukan syahadah: "Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, marilah menuju kemenangan.
Jika azan sembahyang subuh, awak ucapkan: "Sembahyang itu lebih baik daripada tidur, sembahyang itu lebih baik daripada tidur, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah."
(Hadis riwayat Abu Daud)

No comments:

Post a Comment